UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :LB Theory and practice of education
ISSN :2289-4640
Main Author :Ab. Rahim@Ibrahim Azman, Zalay@Zali Abdul Aziz, Khairani Mohd. Zahuri,
Title :Kaedah pembelajaran koperatif model STAD meningkatkan pencapaian pelajar dalam penghasilan catan cat air (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Berdasarkan kajian, ramai pelajar Pendidikan Seni Visual di tingkatan 4 Cerdas masih terlalu lemah dalam menghasilkan karya catan pemandangan cat air walaupun mereka telah mempelajarinya di peringkat sekolah rendah lagi. Berdasarkan beberapa kajian, penyelidik mendapati pelbagai teknik dan kaedah dapat membantu mempertingkatkan kemahiran melakar dan mewarna pelajar. Gabungan pelbagai teknik dan kaedah yang dimaksudkan di sini adalah teknik demonstrasi dan teknik latih tubi serta kaedah koperatif. Kaedah Koperatif merupakan satu kaedah yang dianggap cukup berkesan dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan. Penyelidik mengambil inisiatif ini untuk menganalisis kesan pembelajaran catan cat air melalui kaedah koperatif khusus kepada pelajar di tingkatan empat. Melalui kajian ini kuasi eksperimen digunakan bagi melihat keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam pencapaian pelajar dalam catan. Tahap pencapaian pelajar diukur berdasarkan ujian pra dan ujian pasca. Di sini penyelidik menjalankan penyelidik memilih teknik latih tubi dan demonstrasi melalui Kaedah Koperatif Student Team Achievement Division (STAD) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ianya adalah bertujuan untuk melihat perbandingan dan keberkesanan antara cara pengajaran biasa dan cara pengajaran yang menggunakan kaedah koperatif. Perbezaan skor markah dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pasca. Pelajar tingkatan 4 yang diuji ini adalah seramai 17 orang. Hasil ujian pra memperlihatkan tiada sebarang perbezaan yang signifikan kerana pelajar berada pada tahap kognitif yang sama. Namun melalui ujian pasca menunjukkan satu perbezaan yang signifikan dan cukup ketara. Oleh itu dapat dirumuskan melalui gabungan teknik demonstrasi dan latih tubi serta kaedah koperatif begitu berkesan dalam mata pelajaran pendidikan seni visual dalam menyelesaikan permasalahan dalam catan.

References
1. Azalli A. Razak. (2009). Persepsi murid terhadap pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah: satu kajian kes di sebuah sekolah di Pulau Pinang. Tesis Sarjana Muda tidak diterbitkan. Kuala Lumpur 2. Chua Yock Chuan. (2001). Personaliti dan motivasi pelajar. Jurnal Pendidikan PKPSM Johor, hlm 61-64. 3. Effendi Zakaria. (1998). Pembelajaran koperatif. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis PhD. Tidak Diterbitkan. 4. Ibrahim Hassan. (2000). Matlamat dan objektif pendidikan seni (visual) untuk sekolah menengah: perlu kajian semula. Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000. Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. 5. Jabatan Perdana Menteri. (2010). Unit Perancang Ekonomi: Bab 5 membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri. Review, 102(5), 21-23. 6. Johnson, D.W & Johnson, R. (1985). Learning together and alone: cooperative competitive and individualistic learning. Boston: Allyn & Bacon. First Edition. 7. Kasran Mat Jiddin. (2004). Tinjauan kefahaman warna dalam pembelajaran pendidikan seni di kalangan pelajar-pelajar tingkatan 2. Tesis Sarjana Pendidikan tidak diterbitkan. Tanjong Malim Universiti Pendidikan Sultan Idris. 8. Kasran Mat Jiddin. (2009). Indeks kreativiti guru-guru bukan opsyen (GBO) dan amalannya dalam pengajaran teknik mewarna cat air bidang menggambar mata pelajaran pendidikan seni visual. Kertas Penyelidikan tidak diterbitkan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. 9. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 10. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2005). Bahagian perancangan dan penyelidikan dasar: Pelaksanaan mata pelajaran pendidikan seni di peringkat sekolah menengah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Jilid 2. Jld 1:97 – 115 11. Md Nasir Ibrahim dan Ibrahim Hassan. (2003). Pendidikan seni untuk maktab & universiti. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. 12. Mimi Mohaffyza Mohamad, Md.Nazaruddin Sarji & Masitah Misman. Strategi pengajaran pembelajaran koperatif dalam tajuk rekabentuk dan penghasilan projek (mata pelajaran kemahiran hidup) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 13. http://eprints.uthm.edu.my/114/1/mimi_mohaffyza_mohamad.pdf 19/11/2010 14. Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. 15. Mohd Johari Ab. Hamid. (2004). Falsafah dan kritikan seni. Penerbit UniversitiPendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. 16. Mok Soon Sang. (Ed. 6. 1996). Pendidikan di Malaysia untuk Diploma Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd: Kuala Lumpur. 17. Rosilawati Ismail. (2009). Sikap murid terhadap mata pelajaran pendidikan seni visual. Sarjana Muda tidak diterbitkan: Open Univerisity: Kuala Lumpur. 18. Rosli Hashim. (2009). Cabaran masalah murid-murid Tahun 5, menguasai teknik cat air. Sarjana Muda tidak diterbitkan. Open University Malaysia: Kuala Lumpur. 19. Siti Khadijah Abdullah. (2009). Kreativiti murid Tahun Tiga mengaplikasikan unsur seni (Garisan) dalam mata pelajaran pendidikan seni visual. Tesis Sarjana Muda, Open Universiti: Kuala Lumpur. 20. Slavin, R.E. (1990). Cooperative learning: Theory, research and practice. Massachussetts: Simon & Schuster Inc.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)